Kerjaya Wanns Ahmad

Wanns pernah mengacarakan rancangan masakan Aroma Tradisi di TV3 dan merakamkan single pertamanya, "Terus Mencintaimu" pada 2014,[2][3] selain muncul dalam telefilem Khalifahkah Aku yang bersiaran di TV3.[4]

Selain itu, Wanns pernah mencuba nasib dalam ujibakat beberapa program realiti, namun gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya. Beliau juga pernah menjadi artis di bawah Pencil Pictures & Records milik penerbit, Ayu Puteh sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri. Wanns juga pernah bekerja sebagai pekerja belakang tabir di sebuah syarikat penerbitan, selain bermula sebagai pelakon tambahan.[5]